Lina Joy

June 8th, 2007 by picodellamirandola

Apa yang tersimpan di hati kamu? Tiada siapa yang tahu. Cuma aku. Adalah manusia yang tidak mahu tahu. Apa yang tersemat, biarlah ia simpan rapi. Mungkin ini hanya boleh jika aku masih aku, iaitu individu dan bukan orang yang berkuasa, atau yang lebih malang manusia kepingin berkuasa untuk menguasai.

Tapi sejarah entiti yang ingin menguasai adalah begitu, menunjukkan yang sebaliknya adalah mustahil sama-sekali. Ia sibuk sekali ingin menerobos yang tersemat di hati kamu dan juga di hati aku. Ia mahu tahu. Ia adalah lawan kepada wujudnya diri kamu dan aku.

Aku risau! Dan kau kepalang sedih.

Iman engkau seorang menggugat tiang paut mereka. Ya! hanya tiang tegak untuk mereka berpaut. Di situlah keyakinan, kepercayaan, kekuatan dan apa yang mereka kata sebagai IMAN. Jadi jangan engkau bersedih. Tiang tegak yang retak tiada upaya menahan angin kencang!

Mahkamah sudah bersidang, keputusan sudah diumumkan. Apa lagi yang mereka mahu? Menukar iman kau? Sedangkan mereka sendiri tidak yakin akan iman mereka, agama mereka apatah lagi Tuhan mereka

Songsang?

April 18th, 2007 by picodellamirandola

Kata Mario Vargas Llosa, “Iraq is the freest country in the world, but since freedom without order and without law is tantamount to chaos, it is also the most dangerous.”

Vargas Llosa adalah seorang novelis yang kehidupan publiknya sangat menarik. Pada tahun 1990, kalah kepada Fujimori dengan majoriti yang tipis. Beliau terkenal memperjuangkan kebebasan.

Novel erotisnya seperti Notebooks of Don Rigoberto bagi saya setanding dengan novel House of Sleeping Beauties karya Yasunari Kawabata.

Jadi apa sebenarnya yang ingin dikatakan oleh Vargas Llosa? Saya sendiri tidak tahu. Tapi saya rasa petikan itu sangat menarik untuk diberi pandangan maupun ulasan. Ia bagai diruntun-runtun. Sekali imbas, ia bagaikan satu petikan yang menyokong satu pemerintahan yang “terarah”. Satu petikan yang memandang sinis Kebebasan.

Sangat pelik sebenarnya sebagai seorang yang sudah terikat dengan tag neoliberal untuk memberi pandangan sedemikian. Akan tetapi jika anda sudah sudah membaca beberapa karya maupun esei Freidrich Aguste Hayek, maka anda wajib tahu bahawa Kebebasan sememangnya memerlukan Kedaulatan Undang-Undang( Rule of Law).

Jadi saya tertanya-tanya, dan mungkin secara sambil lewa membuat sedikit kesimpulan iaitu kebebasan sememangnya tidak identik dengan kekacauan(chaos). Ia bagaikan satu persamaan yang songsang jika ada pendapat yang menyatakan sedemikian.

Dan Vargas Llosa ialah seorang novelis. Beliau mungkin sahaja memerlukan sedikit “kacau”. Paling tidak pabila menyatakan atau berekspresi. Tapi beliau juga seorang sosok yang mempengaruhi kehidupan publik Peru. Sama dengan sosok yang dia kagumi, Andre Malraux. Dan tanpa sedari beliau dengan semborono menyatakan “Iraq adalah negara yang sangat bebas”. Bagaimana? Apa yang dimaksudkan dengan kebebasan?

Bersambung…… 02.31 AM

Perginya seorang Diktator……………Jangan Kembali Lagi.

January 10th, 2007 by picodellamirandola

Perginya seorang Diktator……………Jangan Kembali Lagi.

Saya terus terang adalah seorang yang amat memusuhi Saddam Hussein. Saddam adalah seorang diktator, kejam dan pembunuh. Saya sebenarnya sudah tidak perlu lagi menambah baris-baris ayat untuk menyatakannya. Untuk menambah apa-apa lagi dalam karangan ini. Saya harus berhenti sebenarnya.

Ahh!

Susah

benar untuk berhenti. Full stop, tidak mampu……lalu saya menyambung di bawah ini.

Perbuatan Sang Buas itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa WAJIBnya kita menolaknya. Tetapi kita muslim masih tidak dapat menolaknya, atas bermacam sebab, dari anti Amerika hingglah kununnya Saddam berjaya menyatu-padukan rakyat Iraq(?) Bilakah Saddam berjaya menyatupadukan rakyat

Iraq

? Apa sebenarnya erti perpaduan? Pernakah kita tertanya-tanya. Kita melihat suasana yang kacau di

Iraq

, lalu kita menyalahkan Amerika, tapi saya melihat kritikan yang dangkal yang berleluasa. Kritikan yang berpusat pada hujah bahawa Amerika adalah Negara Kafir dan sentiasa berkonspirasi dengan

Israel

. Oleh kerana itu kita sanggup untuk memejam sebelah mata terhadap kekejaman Saddam yang membunuh menantunya, kaum Kurdish(keturunan Salahuddin Al-Ayubi) dengan gas beracun( yang didapati dengan sokongan Amerika), ahli partinya( Baath) dan intelektual yang tidak sehaluan dengannya( ruj. Buku Repulic of Fear karangan Kanan Makiya- intelektual yang lari dari Iraq)

Perlukah lagi sikap yang apologetik untuk mempertahankan Saddam?

Apakah lagi alasan untuk menerima kebejatan Saddam?

Ada

apa dengan Saddam sebenarnya?

Sebenarnya tidak ada apa dengan Saddam, yang masalahnya, kerana telah tertanam sikap yang insecure maka kita lebih preoccupied dengan konsep ummahsentrik. Kita muslim tidak mampu untuk menjadi kosmopolitan. Kita tidak mampu untuk hidup dengan masyarakat lainnya yang berbeza agama. Kita sudah terasing. Kasihan saya melihat muslim.

Kita

cuba

untuk melihat fenomena yang terus menjalar dan meluas dalam ruang pemikiran muslim. Muslim pentingkan perpaduan, maka kita melihat slogan seperti mendirikan khalifah islamiyah, Negara Arab bersatu dan juga Negara ini adalah tanah orang Melayu. Perpaduan tidak salah, yang salah apabila atas nama perpaduan maka kita sanggup butakan mata dan hati kita untuk menerima kekejaman. Sekelumit kasihan terhadap kekejaman, sekelumit penerimaan terhapa kekejaman dan kebinatangan( ingat saya antara modul seksaan polis rahsia

Iraq

adalah merogol anak perempuan, isteri dan adik perempuan kepada mana-mana elemen penentang Saddam), adalah apa? Ya, adalah kekejaman itu sendiri! Bukankah hadis qudsi berbunyi “ Haram bagiKu bersikap Kejam”.

Mari kita tinggalkan Saddam. Mari kita jadikan

Iraq

sebagai Negara asas di Jazirah Arab yang mendakap Demokrasi dan Kebebasan. Kita boleh salahkan Amerika, tapi biar tepat, jangan semborono. Yang boleh kita bekerjasama, maka kita harus menerima dengan tangan terbuka. Kita harus sedar dan belajar, bukan hanya kita yang tinggal di dunia yang luas ini( tapi makin sempit dan sesak dengan ekstremis dan terroris).

December 19th, 2006 by picodellamirandola

Maka berbicaralah manusia dengan sesungguhnya. Maka kerana mereka boleh menerbitkan bunyi maka mereka berbicara. Mereka ada corong yang bernama mulut, maka mereka berbicara. Kerana demi mereka ada kemahuan  maka mereka berbicara.

Gagallah orang yang ingin menghalang manusia dari berbicara. Tewasnya manusia yang ingin menghalang manusia lain berbicara sangat banyak dirakamkan oleh sejarah.

Ya, benar! Yang berbicara, ada yang tidak indah malah buruk dan huduh, tapi biarkan, biarkanlah manusia untuk berbicara, berekspresi, menerbitkan bunyi dari getaran dari tengkorok kepalanya.

Hari ini dan sebelumnya, berbicaralah manusia bernama Asri Zainul Abidin. Orang penting Institut Ibnu Qayyim ini, sekarang adalah mufti Negeri Perlis a.k.a Teratak Dewa-Dewi berteduh. Beliau yang ditemu-ramah oleh New Straits Times, mengeluarkan pendapat( yang sudah lama diulang-ulang oleh orang lain) bahawa pihak berkuasa agama jangan lekas untuk menonjolkan aib orang lain. Berdasarkan temuramah itu dan lainnya, beliau juga berbicara mengenai hak privasi manusia.

Hak privasi atau Ruang Privat, adalah sangat asing bagi muslim, dan saya kira sebenarnya asing bagi rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Apa sebenarnya ruang privat ini? Ruang fizikal keluasan bilik tidur kita? Sekecil ranjang ataupun bilik mandi( yang saya mesti ada tab mandi, lilin dan sebotol air anggur….ya…ya ..merah…mesti merah ) di rumah kita? Jangan terperangkap! Ia tidak semudah itu. Ruang privat juga melingkupi diri insani kita ini. Maka hak privasi wajib melindungi apa yang dikatakan sebagai Karamah Insaniah.

Human dignity atau karamah insaniah adalah diri kita; juga apa yang kita fikirkan dan apa yang kita perbuatkan. Boleh saja sesiapapun berimajinasi untuk apa-apapun, selagi mana dia tidak melukai orang lain. Di sinilah mufti Perlis tidak memberi perhatian. Jangan marah saya, bukanlah kerja saya untuk mengkritik ulama saja, bahkan banyak NGO lainnya yang kununnya Liberal tidak mendakap serta berani membedah isu ruang privat ini, baiknya SIS ataupun Artikel 11, semuanya tidak pernah betul-betul yakin akan prinsip liberal. Apatah lagi puak garis keras islamis yang menganjurkan penggunaan ISA untuk memasung Kebebasan akal-budi(conscience).

Apa yang dibicarakan oleh Sang Mufti sangat positif sebenarnya, apa lagi kita memerlukan satu basis Fiqh yang boleh menyokong beberapa prinsip kebebasan. Namun penekanan untuk kebebasan lebih jauh….bukan hanya dengan Asri dan sudah tentu bukan dengan Harussani.

Di antara dua manusia yang berbicara yang bernama Asri dan Harussani, maka anda boleh menilai siapa yang mengeluarkan bunyi yang lebih elok.

gubra mahfuz dan harusaniyyun

August 16th, 2006 by picodellamirandola

Berkerut kening saya bila memikirkan pernyataan yang dikeluarkan oleh mantan Ketua Pemuda PAS Pusat berkenaan isu Filem Gubra. Beliau dilaporkan mahu pihak berkuasa mengharamkan filem tersebut dan menarik balik gelar filem terbaik itu yang dimenangi di Festival Filem

Malaysia

ke 19.

Saudara Mahfuz Omar  dilaporkan berkata, “Kalaupun ada suasana realiti yang dipersembahkan, tidak bermaksud kita mesti menerima semua yang dihadapkan kepada kita”, dari pernyataannya di sini kita boleh faham bahawa tidak semua manusia boleh bersetuju ke atas satu perkara, mustahil. Akan tetapi kita juga menerima hakikat bahawa kita tidak boleh! Untuk menghalang hak orang lain untuk berekspresi, biarlah betapa jelik sehingga terjeluih lidah kita kerana meluat dan betapa tidak bermutunya bahan yang kita lihat, rasa dan dengar. Mahfuz harus sedar, sikap dan pernyataannya sangat berlawanan sama-sekali, di satu sisi beliau mengakui ada realiti yang dia dan mungkin juga saya tidak sanggup untuk menghadapinya, akan tetapi dia seolah percaya kita wajib untuk menghalang, bukan sahaja perkara buruk yang berlaku depan mata, tetapi bahan dan mesej ekspresi yang ingin memaparkan nilai yang tidak bersesuaian dengan nilai beliau.

Inikan sakit namanya! Penyakit yang sampai sekarang saya sedang meniliknya,

cuba

memahaminya. Saya ingat hanya puak yang terperangkap dengan rasionalisme ekstrem sahaja yang berpegang teguh dengan faham bahawa mereka boleh mengatur tindak-tanduk manusia, langsung meremehkan sisi tindak spontan insani. Dalam sejarah kita melihat Nazisme sebagai contoh terbaik( kumpulan terburuk) yang mewakili golongan ini. Bagi Nazisme, Akal mampu meberi segala jawapan. Akan tetapi jangan kita lupa, lipatan sejarah juga memperihalkan golongan yang meremehkan akal( A sudah dikecilkan), mengangkat dalam erti kata menunggangi wahyu sebagai “pemberi” segala jawapan. Golongan ini boleh sahaja berada dalam pelbagai bentuk kepercayaaan. Dalam konteks

Malaysia

mereka ini boleh saja duduk dalam organisasi seperti PAS, Abim, JIM dan Pejabat Mufti.

Sebenarnya kita melihat dua kutub pemikiran yang jauh dan sukar disatukan. Walau begitu absurditi mula timbul, dua kutub yang pasti tidak akan bertemu dan sering berbentur, mempunyai persamaaan yang fundamental; kedua- duanya FUNDAMENTALIS. Keduanya hegemonik dan menjajah, hauskan kuasa dan mereka percaya dengan kuasa dan apapun nama bagi kuasa tersebut, barulah program mereka akan berjaya. Obsesi kuasa dan pemerintahan ini menyebabkan mereka akan mencipta sebuah kerajaan-sentrik, dan mereka ini layak digelar ekspansionis kuasa(mabuk kuasa)

Betapa menyedihkan, kerana kali ini kita terpaksa berhadapan dengan orang seperti Mahfuz Omar yang segala fatwanya hanya seperti dua sisi duit syiling, hitam atau putih! Perhatikan kata beliau,

“Dalam filem itu, katanya, ada adegan seorang bilal memegang anjing dan memandang mudah aktiviti jirannya yang jelas bergelumang dengan maksiat iaitu melacur”

"Apa mesejnya melalui watak bilal ini? Sama ada mahu menyinggung Islam atau ingin mengajar orang beragama supaya menerima perlakuan tidak wajar?" tanyanya.

Seorang yang dekat dengan Tuhannya membenci ketidakadilan, hatta ketidakadilan itu mengenai sekor anjing maupun seorang pelacur. Semuanya wajib dibela. Tetapi bagi Mahfuz semuanya harus dihukum, persoalannya mengenai hukuman dan jawapannya juga menghukum. Sedih, dunia Mahfuz dan mungkin juga Dunia Parti Islam SeMalaysia adalah ruang semua orang bersalah dan dan wajar dihukum.

Saudara Mahfuz tidak pula membahaskan permasalahan sosio-budaya dan stigma yang mengenai para pekerja seks ini dan impaknya kepada sosiologi kesihatan. Hal ini tidak penting bagi beliau, kerana filem yang memakan masa 2 jam itu hanya ada serampang tiga mata iaitu:

1)      menyebar faham liberalisme

2)      menyinggung Islam

3)      advokasi orang agar orang menjadi lebih tidak bermoral.

Itulah mantan Ketua Pemuda PAS Pusat, setakat itu sahaja, jangan diharapkan perbincangan mendalam mengenai filem itu, baik kelemahan dan kekuatannya. Kelemahan filem yang lahir mungkin dari mesej “superficial” yang

cuba

diterapkan oleh Yasmin Ahmad. Dan juga kekuatan kerana filem mini berani dan provokatif, segar dan bertepatan dengan kemelut masyarakat di

Malaysia

langsung tidak disentuh oleh Mahfuz Omar.

Apa yang sering kita dengar, adalah PENGHARAMAN, HARAM, BERDOSA, KONSPIRASI YAHUDI DAN KUTUKAN. Saya lelah mendengarnya, nampaknya di dunia ini yang layak dibaca hanya Petunjuk Sepanjang Jalan, Mengapa Saya Berintima’ dengan Islam, Jundullah, Mencari Khilafah yang Hilang dan Rukun Baiah. Apakah dengan meminta supaya diharamkan filem Gubra yang dituduh menyebarkan faham liberalisme ini maka semua yang berkaitan dengan liberalisme wajib diharamkan? Permintaan ini menunjukkan betapa jahil dan dangkal pemahaman golongan Harussaniyyun ini. Sebagai contoh, apakah nasib mahasiswa undang-undang yang undang-undangnya memang berkembang kerana pengaruh liberalisme di Eropah, tokoh-tokoh seperti

Austin

yang berinteraksi dengan Mill, dan Montesquieu yang memperkenalkan pemisahan kuasa itu semuanya adalah tokoh liberalisme. Jadi kalau beginilah, bukan sahaja buku teks itu dibakar, pelajarnya berdosa kerana belajar undang-undang, pensyarahnya makan duit haram, fakultinya harus dirobohkan dan tidak hairan kalau mereka menuntut untuk dirobohkan sahaja INSTITUSI MAHKAMAH.

Maka yang lebih merbahaya sebenarnya adalah permainan kuasa mereka,

cuba

membakar sentimen dan mengipas semangat perkauman yang nanti akan memakan diri. Mahfuz dalam pernyataannya menyebut,

“Objektif kementeriaan berkenaan menampil serta mengekalkan budaya dan nilai-nilai murni rakyat negara ini nampaknya gagal kerana menobatkan filem yang tonjolkan budaya serba songsang," katanya.

"Lihat sekarang, hasil ‘produk’ filem tersebut, secara terang-terang memperlekehkan budaya bangsa iaitu bahasa Melayu,"

Kita dapat melihat dari dua pernyataan ini, yang pertamanya adalah menghentam Dr. Rais Yatim; yang kununnya kesal dengan sikap Sharifah Amani kerana tidak yakin dengan Bahasa Melayu. Maka untuk mencapai matlamat weltanschauung gerakan Harussaniyyun, saudara Mahfuz telah memprovokasi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Persoalannya Dr. Rais sendiri tidak mempunyai keyakinan kerana itu dia kecewa, sikapnya seperti penyokong Mawi yang kecewa kerana Mawi putus tunang. Mungkin bagi Dr. Rais martabat bahasa Melayu tinggi jika orang seperti Mawi dan Sharifah Amani bercakap bahasa Melayu, bukannya kalau ada terjemahan karya besar ke dalam bahasa Melayu ataupun keluarnya karya besar dalam bahasa Melayu.

Kedua-dua Dr.

Rais dan Mahfuz sebenarnya gagal menanggapi apa itu Budaya dan Kebudayaan sebenarnya. Lalu apa yang berlawanan dengan persepsi budaya mereka maka itu adalah budaya songsang.

Dan saudara Mahfuz Omar melanjutkan lagi misi suci beliau itu dengan pernyataan,

“Ini lebih bahaya kerana dilakukan secara selindung tanpa pengetahuan pihak berkuasa dan kerajaan.”

"Kalau tidak dihalang, akan muncul banyak lagi filem yang menyesatkan seumpama ini," kata Mahfuz merujuk kepada filem Sepet dan Gubra yang menyindir bahasa Melayu, orang Melayu dan agama Islam.”

Iaitu bersembunyi disebalik perjuangan Islam untuk memperjuangkan agenda rasis. Apa yang mereka mahu

kan

bukanlah sebuah negara yang bernama

Malaysia

, tetapi tanah tumpah yang mereka boleh menjadi eksklusif, rasis dan fasis. Bila saja mereka terancam mereka akan “menyeret” Tuhan, Rasul dan Kitab Suci untuk ditunggangi.

jahil yang dimengerti

July 31st, 2006 by picodellamirandola

Ada seorang yang saya kenali, yang juga saya hormati sebagai kawan iaitu Umar dari Melaka telah bertanyakan satu soalan. Soalan yang bertarikh 14 julai 2006 itu berbunyi, “siapa yang bodoh tue” ? Itulah komen yang diberikan olehnya hasil respon dari blog saya, jawapannya, cukup senang SAYA LAH MOHD EEKMAL BIN AHMAD YANG BODOH TUE, cukup, tidak ada dolak dalih lagi. Soalan yang bertepatan juga dengan kegagalan saya dengan subjek undang-undang syarikat itu, memang sesuai ditanyakan, kerana saya memang gagal. Memang bodoh. Dan juga saya gagal menangkap semangat undang-undang tersebut.

Mengaku kebodohan adalah senang sebenarnya, tidak ada kesusahan, yang susah pabila kita bodoh dan gagal untuk mengaku kejahilan itu. Seperti tulisan yang lepas, saya cukup konsisten, semua boleh jadi bodoh, dan juga pandai untuk perkara yang lain, ini lah ditegaskan oleh Rasulullah apabila beliau ditanyakan mengenai hal kacukan tumbuhan, baginda menjawab “tidak tahu”, lalu keluarlah hadith terkenal “antum a’lamu umuri dunyakum”. Hadith itu bermaksud kamu lebih mengetahui hal dunia kamu. Sedangkan Rasul akhir zaman ini pun mengakui ketidak pengetahuan baginda, apalah diri kita yang kerdil ini. Dan betapa kerdilnya kita maka wajib kita mengukur diri kita, agar tidak tersesat, dan Tuhan yang satu berfirman yang takut di kalangan manusia adalah orang yang berilmu( bahasa arabnya ulama, boleh juga dikenali sebagai intelektual bidang masing-masing) Atas semangat itulah ada sesetengah orang walau apapun gelarannya, betapa kitab kuning bertingkat dibacanya, dan kering air liur membaca Quran, mesti ada bahagian ilmu pengetahuan yang beliau tidak tahu. Itu pasti.

Membaca tulisan fathi Aris Omar, adalah satu stimuli intelektual dan membantu berkenalan dengan pelbagai idea, yang saya percaya tidak dapat dikutip serta dihadam di bilik kuliah Encik nazim sebagai contohnya, benar encik nazim telah mengajar undang-undang perlembagaan, dan sesiapun wajib berterima kasih, tetapi saya rasa beliau juga bersetuju, kuliah itu tidak cukup untuk memperkenalkan permasalahan yang meruncing dan tajam, dalam isu perlembagaan, maka tulisan dari fathi Aris Omar, Dr. Shad dan khalid Jaafar, yang memperkenalkan tokoh seperti Hayek,Popper,Habermas dan Rawls kepada saya untuk mendapat idea baru. Dan mereka ini juga pada saya akan gagal mengajar company law, kerana bukanlah forte mereka, dalam perkataan lain mereka jahil tentang itu. Sama jahil juga Harussani mengenai liberalisme dan pluralisme, apatah lagi perspektif socio-medico( beliau pernah menyarankan penghidap HIV diasingkan seperti pesakit kusta, kununnya ambil contoh tindakan Rasulullah, tetapi baliau gagal untuk melihat bahawa ada perbezaan mengenai corak jangkitan kusta dan HIV).

Dan kegagalan untuk megaku kejahilan inilah penyakit sebenar umat islam, merasakan ulama tahu segala, serta kitab fiqh menjawab sesuatu, bukankah kalau kita buka teks klasik, maka kita melihat ada pendapat yang sudah tidak terpakai lagi, dan orang seperti Imam AS-Syafie haruslah dicontohi, perkataan beliau, yang mengatakan jika ada pendapat yang lebih sahih( ada yang mengatakan jika ada hadith yang lebih sahih daripada hadith yang kugunakan) lagi selepas pendapatku, maka ikutlah pendapat yang lebih sahih itu. Ini adalah semangat intelektual yang sebenar, mengaku kekerdilan sendiri, dan berani mempertahankan jika benar, dan pertahankan bukan dengan mengharamkan, tetapi dengan hujjah yang tajam dan jitu. Kerana apa? Islam tidak pernah mengharamkan buku, jika tidak sudah lama ibnu sina dan ibnu rusyd gagal menjadi komentar terbaik falsafah platonisme dan Aristotelian. Adakah semangat ini yang dijunjung oleh harussani? Jika dilihat dari komen beliau nampaknya tidak, beliau gagal membaca liberalisme dan yang lebih fatal sejarah islam.

Maka saya yang jahil company law ini tahu akan tanggungjawab saya untuk memperbaiki gred saya, tetapi yang lain adakah sanggup untuk menjenguk ar risalah, al umm, kifayah al akhyar, ahkamul quran, al kasyaf, fasl maql, open society and its enemies, road to serfdom, duino elegies, resistible rise of Arturo ui, counter revolution of science? Kerana bagi saya pertanyaan SIAPA YANG BODOH ITU tidak penting, yang lebih penting bersama-sama menambah ilmu.

jalanan

July 2nd, 2006 by picodellamirandola

Dari jalanan Bandar tepi laut  yang bernama Marseille, maka lahirlah dua pemain tengah yang berbakat, cukup untuk mengenepikan pasukan gergasi dari Amerika Selatan. Zinedine Zidane dan Riberry umpama ketua kor federe(militia) yang gagah memasukki Kota Paris untuk menundukkan King Louis yang ke 16. Mereka mengemudi pasukan Peranchis untuk melangkah ke peringkat separuh akhir dan akan menentang Portugal, mereka mungkin berjaya dan mungkin tidak, tapi siapa peduli, cerita mereka cerita orang yang berjaya. Melangkah keluar dari nasib jalanan untuk merebut piala ternama adalah usaha yang bukan lekeh. Tapi Bandar Pendatang ini bukan setakat Zidane dan Riberry, pekan Seremban memang tak boleh dibandingkan dengan Marseille, bandar kedua terbesar di Peranchis ini.Ia juga  adalah Bandar kelahiran Paul Mauriat yang terkenal dengan masterpiece L’Amour est Bleu. Komposer ini memulakan karier dengan memenangi ‘Coq d’or De La Chanson Francaise’ dengan komposisi ‘Rendez-vous au Lavendou’. Arthur Rimbaud yang terkenal dengan prosa semusim di neraka( une saison en enfer) juga memilih untuk bersemadi di Marseille pada usia 37. Memang bukan Seremban, jauh sekali Bahau.  Akan tetapi manusia tidak boleh bergantung hanya dengan kemiskinan sejarah, manusia perlu mencipta sejarah, perlu kepada perubahan, Seremban boleh menjadi Marseille, Bahau sebagai New York dan Alor Star sebagai Wilmar. Pencerahan memerlukan partisipasi, yang rela dan bersungguh-sungguh. Pencerahan menolak dogma dan keberhalaan yang menekan keyakinan untuk berfikir. Maka fikir memerlukan akal, dan pemahaman. Untuk ini kita menjenguk jendela sejarah, bukan bergantung untuk menentukan jalan takdir bagi kita, akan tetapi mengambil ibrah. Dalam diam kita menghayati La Marseillaise, tidak salah kita menelaah Burke dan Tocqueville untuk kita memahami sempadan “Lumiere”. Maka semangat La Marseillaise kita junjung sebagaimana pemain Peranchis menjunjungnya. Lagu ini yang dicipta oleh Claude Joseph Rouget de Lisle dan disambut awal oleh penduduk Marseille dan federe sewaktu memasukki Kota Paris. Oleh kerana itu ia mendapat namanya.         

INI ADALAH LIRIK YANG TELAH DITERJEMAHKAN KE DALAM BAHASA PERANCHIS.            

Arise children of the fatherland

The day of glory has arrived

Against us tyranny’s

Bloody standard is raised

Listen to the sound in the fields

The howling of these fearsome soldiers

They are coming into our midst

To cut the throats of your sons and consorts

To arms citizens Form your battalions

March, march

Let impure blood

Water our furrows

What do they want this horde of slaves

Of traitors and conspiratorial kings?

For whom these vile chains

These long-prepared irons?

Frenchmen, for us, ah! What outrage

What methods must be taken?

It is us they dare plan

To return to the old slavery!

What! These foreign cohorts!

They would make laws in our courts!

What! These mercenary phalanxes

Would cut down our warrior sons

Good Lord! By chained hands

Our brow would yield under the yoke

The vile despots would have themselves be

The masters of destiny

Tremble, tyrants and traitors

The shame of all good men

Tremble! Your parricidal schemes

Will receive their just reward

Against you we are all soldiers

If they fall, our young heros

France will bear new ones

Ready to join the fight against you

Frenchmen, as magnanimous warriors

Bear or hold back your blows

Spare these sad victims

That they regret taking up arms against us

But not these bloody despots

These accomplices of Bouillé

All these tigers who pitilessly

Ripped out their mothers’ wombs

We too shall enlist

When our elders’ time has come

To add to the list of deeds

Inscribed upon their tombs

We are much less jealous of surviving them

Than of sharing their coffins

We shall have the sublime pride

Of avenging or joining them

Drive on sacred patriotism

Support our avenging arms

Liberty, cherished liberty

Join the struggle with your defenders

Under our flags, let victory

Hurry to your manly tone

So that in death your enemies

See your triumph and our glory!

Saya yang bodoh

May 23rd, 2006 by picodellamirandola

Antara kawan-kawan, sayalah yang paling tidak pandai, gred adalah yang tercorot. Saya mengaku dan tidak malu. Saya juga tidak ada alasan.

Saya juga adalah hantu buku. Saya mengaku dan tidak malu, mengapa harus malu?

Sekarang saya juga mengaku ada kawan-kawan yang saya sangat kasihi, juga bodoh dan bangang. Saya tidak akan meminta maaf, dan saya rasa mereka harus mengaku dan tidak malu.

Jadi setiap orang masing-masing ada kebodohan masing-masing……betul atau tidak? Apapun bentuk panggilan untuk orang tersebut, dia pasti ada kebodohan masing-masing, biarlah dia seorang ulama,tuan hakim, pensyarah, pelajar, pengarah filem dan apatah lagi seorang manusia bernama MOHD EEKMAL BIN AHMAD.

Ulama boleh jadai bodoh? bangang? Sudah tentu boleh. Saya mengaku tiada yang mutlak, kitab suci dari Quran, Injil, Bhagavad Gita serta risalah falsafah Plato seperti Eutyphro dan Gorgias semuanya menunjukkan faham ini.

Apabila kawan saya yang bodoh menulis tidak ada kebebasan mutlak, saya yang bangang ini pun bersetuju. Mau apa lagi. Tapi cuba aplikasikan logik yang sama kepada konsepsi "pandai", Yang Maha Pandai hanyalah Tuhan, jadi yang tidak boleh dicabar kepandaiannya hanyalah Tuhan, ulama dan apapun kerjaya seseorang manusia yang lain, silakan mencabar, menanyakan dan membangkitkan persoalan. Ilmu analogi ataupun logik banyak yang saya dapati dari risalah ulama klasik seperti Ibnu Arabi, risalah komentari kategori Aristotle oleh Ibnu Sina dan untuk yang islamis bolehlah rujuk Seyyed Hoessin Nasr. Jadi saya rasa bodoh saya kurang satu peringkat. Boleh terima kawan-kawan?

Ini lah kalau saya guna aplikasi yang sama yang mana diperjuangkan oleh kawan saya yang bodoh macam saya juga, dan nama pun macam saya jugak, kepada KEBENARAN. TIADA KEBENARAN MUTLAK DI MUKA BUMI, kerana hanya Tuhan yang HAK, amacam? boleh sesiapa cerahkan saya mengenai hal ini?

Jada segerombolan yang Bodoh telah berdemonstrasi, salah? Saya jawab tidak! Yang salah menggunakan kebebasan Berekspresi untuk membungkam yang lain, ITU SALAH!

Apa2 pendapat mengenai liberalisme eksteremis lah apalah, yang saya tidak komen adalah keran ia dalah amat PANDAIIIIII, SAMPAI ORANG YANG BODOH MACAM SAYA YANG DAH ABIS HADAM INDIVIDUALISME: TRUE AND FALSE DAN JUGA LIBERALISME KARYA Hayek pun tak dapat menanggapi tulisan kawan saya yang cerdik genius itu.

Jadi tunggu……ada sambunga karya tentang bodoh nie.

Aku kira kamu sudah di Syurga

April 30th, 2006 by picodellamirandola

Tidak banyak yang dapat kuluahkan sebelum tiba hari ini. Yang
aku tahu awan sudah mendung sebelum tiba hujan, langit kelam sebelum tiba
malam.

 Tepat jam 8.55 pagi, 30hb April 2006, Perginya seorang
manusia yang punyai kegagahan untuk berkarya dan keberanian untuk bersuara.
Kematian yang memisahkan kita selamanya dari  Pramoedya Anata Toer. Pengarang besar yang  berumur 81 tahun itu pergi dengan aman
ditemani keluarganya yang menyatakan betapa mereka berbangga dengan ayah
mereka.

 Aku mula berkenalan dengan Pram melalui karyanya yang
berjudul Keluarga Gerilya, kemudiannya aku berjinak dengan Gulat di Jakarta
yang sebenarnya memberi impak yang besar ketimbang karyanya yang lain.

Gulat, ya! Pertentangan adalah modal besar Pram. Hidupnya
yang sentiasa tidak mahu menyerah kepada kuasa, yang tidak mahu menjadi budak
dan bidak catur, telah menyebabkan beliau dipenjara tiga kali dari tahun 1947-1949
oleh kolonial Belanda, 1960-1961 oleh Soekarno dan dari 1965 hingga tahun 1979
dipenjara tanpa bicara oleh regim Soeharto.

 Kegagahan Pram bukan sahaja di karyanya tetapi hidupnya. Lalu
biarlah puisi mas Chairil ini menyimpulnya:

 Kami cuma tulang-tulang berserakan

Tapi adalah kepunyaanmu

Kaulah lagi yang tentukan nilai tulang-tulang berserakan

 

Atau jiwa kami melayang untuk kemerdekaan kemenangan dan
harapan

atau tidak untuk apa-apa,

Kami tidak tahu, kami tidak lagi bisa berkata

Kaulah sekarang yang berkata

 

Kami bicara padamu dalam hening di malam sepi

Jika ada rasa hampa dan jam dinding yang berdetak

 

Kenang, kenanglah kami

Teruskan, teruskan jiwa kami

Menjaga Bung Karno

menjaga Bung Hatta

menjaga Bung Sjahrir

 

Kami sekarang mayat

Berikan kami arti

Berjagalah terus di garis batas pernyataan dan impian

v for valerie

April 2nd, 2006 by picodellamirandola

Apa yang di paparkan di bawah merupakan satu utusan otobiografi oleh seorang yang bernama Valerie. Gadis ini seorang yang cantik, satu watak fiksi yang dicipta oleh Allen Moore dan David Lloyd untuk novel grafik V FOR VENDETTA. Dia dipenjara bersebelahan bilik V(baca: lima)

Ia mula memberi kesan kepada saya selepas menontoni filem V for Vendetta. Satu babak di mana Evie Hammond telah “dipenjara” oleh V sendiri. Surat ini pada asalnya adalah untuk V pabila dia dipasung di Larkhill. V menggunakan wahana yang sama untuk membebaskan Evie dari indoktrinasi Fundamentalisme Agama dan Bangsa yang menulari Britain waktu itu( ada rasa-rasa NEGARA KITA AKAN DIPERINTAH OLEH PUAK YANG SEBEGINI?). V mungkin nakal di sini, tetapi perasaan ingin bebas hanya Evie yang boleh rasa dengan AKALBUDInya.

I don’t know who you are. Ple ase believe. There is no way I can convince you that this is not one of their tricks. But I don’t care. I am me, and I don’t know who you are, but I love you. I have a pencil. A little one they did not find. I am a women. I hid it inside me. Perhaps I won’t be able to write again, so this is a long letter about my life. It is the only autobiography I have ever written and oh God I’m writing it on toilet paper. I was born in Nottingham in 1957, and it rained a lot. I passed my eleven plus and went to girl’s Grammar. I wanted to be an actress. I met my first girlfriend at school. Her name was Sara. She was fourteen and I was fifteen but we were both in Miss. Watson’s class. Her wrists. Her wrists were beautiful. I sat in biology class, staring at the picket rabbit foetus in its jar, listening while Mr. Hird said it was an adolescent phase that people outgrew. Sara did. I didn’t. In 1976 I stopped pretending and took a girl called Christine home to meet my parents. A week later I enrolled at drama college. My mother said I broke her heart. But it was my integrity that was important. Is that so selfish? It sells for so little, but it’s all we have left in this place. It is the very last inch of us. But within that inch we are free. London. I was happy in London. In 1981 I played Dandini in Cinderella. My first rep work. The world was strange and rustling and busy, with invisible crowds behind the hot lights and all that breathless glamour. It was exciting and it was lonely. At nights I’d go to the Crew-Ins or one of the other clubs. But I was stand-offish and didn’t mix easily. I saw a lot of the scene, but I never felt comfortable there. So many of them just wanted to be gay. It was their life, their ambition. And I wanted more than that. Work improved. I got small film roles, then bigger ones. In 1986 I starred in "The Salt Flats." It pulled in the awards but not the crowds. I met Ruth while working on that. We loved each other. We lived together and on Valentine’s Day she sent me roses and oh God, we had so much. Those were the best three years of my life. In 1988 there was the war, and after that there were no more roses. Not for anybody. In 1992 they started rounding up the gays. They took Ruth while she was out looking for food. Why are they so frightened of us? They burned her with cigarette ends and made her give them my name. She signed a statement saying I’d seduced her. I didn’t blame her. God, I loved her. I didn’t blame her. But she did. She killed herself in her cell. She couldn’t live with betraying me, with giving up that last inch. Oh Ruth. . . . They came for me. They told me that all of my films would be burned. They shaved off my hair and held my head down a toilet bowl and told jokes about lesbians. They brought me here and gave me drugs. I can’t feel my tongue anymore. I can’t speak. The other gay women here, Rita, died two weeks ago. I imagine I’ll die quite soon. It’s strange that my life should end in such a terrible place, but for three years I had roses and I apologized to nobody. I shall die here. Every last inch of me shall perish. Except one. An inch. It’s small and it’s fragile and it’s the only thing in the world worth having. We must never lose it, or sell it, or give it away. We must never let them take it from us. I don’t know who you are. Or whether you’re a man or a woman. I may never see you or cry with you or get drunk with you. But I love you. I hope that you escape this place. I hope that the world turns and that things get better, and that one day people have roses again. I wish I could kiss you. Valerie X ——————————————————————————– from V for Vendetta Written by Alan Moore. Art by David Lloyd.

Newtpb_front